web analytics

Sekolah Kluster Kecermerlangan

Twelveans To Be The Best

logo

0380233236

Persiaran Setia, USJ 12

47630 Subang Jaya, Selangor

08:00 - 17:00

Isnin - Jumaat

Info Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 dibina pada akhir tahun 1998 di atas 16.12 ekar tanah di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya dan bermula beroperasi pada 2 Januari 2001 di bawah pimpinan pengetua pertama iaitu Puan Hajah Maizan bt. Mohd. Nor. Enrolmen pelajar pertama pada 2001 seramai 253 orang pelajar. Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 telah diterajui oleh 5 orang pengetua iaitu Puan Hajah Maizan bt. Mohd. Nor (2001 – 2007). Puan Hajah Foziah bt Buang (2007 – 2009), Puan Hajah Zaharah bt Ishak (2009 – Mac 2013), Puan Hajah Siti Salmiah binti Yaakob (April 2013 – 31 Mei 2016) dan Puan Norizam binti Hussin ( 1 Jun 2016 – kini ) dan mempunyai 1640 orang pelajar, serta 51 buah kelas.

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Aulia, Blok Bitara, Blok Cemerlang dan Blok Dinamik. Sekolah ini juga mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap, seperti makmal sains, bengkel, studio seni dan sebagainya.

Pada hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 mempunyai 114 orang guru dan 9 orang staf sokongan yang penuh dedikasi terhadap tugas mereka. Setiap orang guru dan staf memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini untuk masa depan sekolah.

Slogan ‘Twelveans to be the best’ mendorong warga Twelveans untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.

Falsafah Sekolah

Pelajar adalah insan yang boleh dididik dan dibimbing untuk mencapai kecemerlangan. Oleh itu, sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hasrat ini dapat dicapai melalui penyuburan potensi pelajar hasil daripada pemuafakatan dan kerja sepasukan guru secara bersepadu dan berterusan.

Misi Sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

SMK USJ 12 menyediakan satu sistem pendidikan berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum dan sukan, hal ehwal murid serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi Aspirasi Negara.

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

SMK USJ 12 mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan cemerlang dari segi akademik dan sahsiah menjadi generasi yang dapat menjamin kesejahteraan bangsa dan negara.

Matlamat Sekolah

Warga SMK USJ 12 bertekad untuk berusaha ke arah :

  • Pencapaian cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti dalam bidang akademik bagi semua peringkat.
  • Penglibatan secara aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Pembentukan sahsiah di dalam pembangunan diri murid melalui penghayatan nilai-nilai murni, akhlak terpuji dan cinta akan sekolah.
  • Pengurusan organisasi yang cekap dan sistematik..
  • Pembudayaan sekolah penyayang.
  • Pemuafakatan dengan PIBG dan komuniti dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
  • Persekitaran sekolah yang kondusif.

Polisi Sekolah

  • Sentiasa mengambilkira pencapaian visi dan misi sekolah sebagai panduan dalam pelaksanaan tugas.
  • Sentiasa memelihara dan mempertingkatkan imej dan maruah sekolah.
  • Mengamalkan budaya kerja secara berpasukan, kolaboratif, cekap, ikhlas dan bersistematik.
  • Sentiasa memimpin diri sebelum memimpin yang lain.
  • Ketulusan, ketelusan dan keterbukaan menjadi amalan dalam perkhidmatan.
  • Sentiasa menuju ke arah penambahbaikan ilmu dan kemahiran yang berterusan.
  • Kepatuhan, kesungguhan dan ketelitian tinggi dalam memastikan kejayaan organisasi.
  • Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
  • Mengutamakan kepentingan organisasi daripada diri sendiri.
  • Menganggap kerja adalah sebahagian daripada ibadah dan seterusnya bertanggungjawab kepada ALLAH SWT.

Piagam Sekolah

Untuk merealisasikan aspirasi sekolah, kami dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menunaikan hak-hak pelanggan kami dengan :

  • Menyediakan pendidikan, prasarana dan sistem pengurusan yang cemerlang berlandaskan piawaian yang ditetapkan.
  • Ikhlas, jujur dan komited ke arah pembangunan insan seimbang.
  • Menyediakan perkhidmatan berkualiti, mesra, cekap dan berhemah tinggi.
  • Mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
  • Melahirkan generasi yang memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Lencana Sekolah

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, Subang Jaya direka bentuk oleh dua orang guru Pendidikan Seni sekolah ini iaitu Datin Suhailah binti Abdullah dan Encik Abd. Karim bin Jabar.

  • Warna merah : Sifat berani yang inginkan kejayaan
  • Warna putih : Sifat bersih, jujur dan amanah
  • Warna biru : Sifat harmonis dan tabah dalam menghadapi cabaran
  • Warna kuning : Sifat kepatuhan dan tanggungjawab dalam mencapai kesejahteraan diri

Bahagian tengah lencana sekolah terdiri daripada bentuk :

  • Buku : lambang ilmu yang dituntut dalam melahirkan generasi berilmu pengetahuan
  • Obor : lambang aktiviti kokurikulum dan semangat yangmembara dalam mengejar cita-cita murni
  • Roda : lambang teknologi selaras dengan usaha melengkap dan memajukan diri ke era berteknologi tinggi

Ketiga-tiga bentuk ini berkait rapat dalam usaha merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bentuk asas lencana diapit oleh dua tiang berjalur yang menekankan pembentukan rohani dan jasmani setiap individu. Kedua-dua tiang ini disokong dengan lengkungan berbentuk ‘U’ berwarna biru yang bermotifkan ke arah keharmonian dan kesejahteraan. Lencana ini berkonsepkan warna jalur gemilang dalam usaha menyemaikan semangat perpaduan dan cinta akan negara Malaysia.

Lagu Sekolah

Lagu sekolah ini dicipta oleh Encik Ramlan bin Harun, PPN, Guru Besar SK Seksyen 18, Shah Alam. Beliau seorang yang berpengalaman dalam mencipta dan menggubah lagu bercorak patriotisme dan perpaduan.

Berilmu ke Puncak Bestari

Bertekad menambahkan ilmu
Bina insan berjiwa maju
Berganding bersama bersatu
Kejayaan kita tuju

Dengan bimbingan tulus ikhlas
Mengasuh minda yang cerdas
SMK USJ 12
Progresif bergerak cergas

Didik putra putri bangsa
Membentuk peribadi mulia
Tekun gigih berusaha
Cemerlang hidup sejahtera

Berdisiplin dan berharmoni
Bersemangat jati diri
Berilmu ke puncak bestari
Wawasan cita yang murni

Berilmu ke puncak bestari
Wawasan cita yang murni