PMR 2013

SPM 2013

Carian

Profail Sekolah

Artikel lain...

Sejarah

Latar Belakang Sekolah.

SMK USJ 12 dibina pada akhir tahun 1998 di atas 16.12 ekar tanah di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya dan bermula beroperasi pada 2 Januari 2001 di bawah pimpinan pengetua pertama SMK USJ 12, iaitu Pn. Maizan bt. Mohd. Nor. Enrolmen pelajar pertama pada 2001 seramai 253 pelajar. Kini, kita mempunyai 2251 pelajar, serta 59 kelas.


Sekolah kita terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Aulia, Blok Bitara, Blok Cemerlang serta Blok Dinamik. Sekolah kita mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap, seperti makmal sains, bengkel, studio seni dan sebagainya.


Pada hari ini, kita mempunyai 116 guru-guru dan 9 staf sokongan yang penuh dedikasi terhadap tugas-tugas mereka  yang tertentu. Setiap orang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini untuk masa depan sekolah ini.


Slogan ‘Twelveans to be the best’ mendorong kita sebagai warga Twelveans untuk mencapai  kecemerlangan dalam kehidupan.


Pengenalan_sek

Misi

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.

Visi

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

 

Moto

MOTTO & Slogan Sekolah

"BERILMU KE PUNCAK BESTARI"