web analytics

Sekolah Kluster Kecermerlangan

Twelveans To Be The Best

logo

0380233236

Persiaran Setia, USJ 12

47630 Subang Jaya, Selangor

08:00 - 17:00

Isnin - Jumaat

Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)

PROGRAM 3K

 

3 komponen utama iaitu

KEBERSIHAN

KESIHATAN

KESELAMATAN

 

Program 3K merupakan sebahagian daripada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang diwujudkan untuk menyatupadu dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan aspek kebersihan, keceriaan, kesihatan dan keselamatan sekolah.

Program 3K merupakan satu usaha menggabungjalin semua aktiviti berkaitan peningkatan kesedaran ke arah taraf yang lebih tinggi dalam aspek kebersihan, keceriaan , kesihatan dan keselamatan.

 

LOGO DAN HURAIAN LOGO 3K

( Kebersihan, Kesihatan  dan Keselamatan)


3k logo

 

 Lambang Suria

Menggambarkan usaha dinamik pihak sekolah untuk memantau dan menjamin keselamatan dan kesejahteraan sekolah.

 

Lambang Bentuk Mata

Sinonim dan simbolik kepada kecerdasan dan kecergasan warga sekolah dengan amalan gaya hidup sihat.

 

Warna Hijau

Melambangkan suasana sekolah yang penuh dengan kehijauan, indah, nyaman dan segar.

 

 

MATLAMAT, MISI DAN VISI 3K

Matlamat Program 3K telah menjadi garis panduan dalam usaha untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti oleh unit-unit yang di bawah Program 3K peringkat sekolah.

 

MATLAMAT

Persekitaran sekolah yang indah, ceria dan selamat menjamin kualiti dan kesejahteraan hidup warga Twelveans.

Kualiti dan kesejahteraan hidup membawa kepada pembentukan insan yang seimbang serta menjamin kepada pembentukan negara yang gemilang dan terbilang.

 

VISI

Generasi Cergas, Cerdas, Sihat, Berilmu dan ke arah Progresif.

 

 MISI

Sekolah sebagai institusi yang menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan ke arah menjamin keselamatan diri.